Muzik rakyat Cerita Rakyat Malaysia

Muzik rakyat

Setiap negeri di Malaysia menggunakan versi tradisi lisan yang berbeza tetapi yang paling popular adalah dalam bentuk nyanyian rakyat atau lagu rakyat . Sebagai contoh, Ghazal Melayu boleh didengari di seluruh Malaysia tetapi ia paling banyak dikaitkan dengan daerah Johor, terutamanya di Muar . Dalam Ghazal Melayu, penyair dan penyanyi menyuarakan pantun atau syair kepada muzik timur tengah dan berinspirasikan India yang dipanggil Ghazal Melayu . Bentuk nyanyian rakyat ini juga dipersembahkan di majlis perkahwinan dan perayaan kebudayaan. Di Melaka, Dondang Sayang, sebuah balada cinta Melaka, dipersembahkan oleh orang Melayu dan masyarakat Peranakan berbahasa Melayu, dengan pantun biasanya bertemakan cinta, kehidupan dan perkahwinan. Kepelbagaian genre dalam muzik rakyat Malaysia ini mencerminkan kumpulan budaya dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari; Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazandusun, Bajau, Orang Asli, Melanau, Kristang, Siam dan lain-lain. [13] [14]

Pelbagai bentuk muzik rakyat boleh didengari di seluruh Malaysia, seperti :

Negeri Sembilan dengan Bongai dan Tumbuk Kalang khas Minangkabau;

Kelantan dengan Dikir Barat dan Rebana Ubi ;

Sabah dengan Kulintangan dan Bajau Isun-Isun dan Murut Sompoton khas Kadazandusun

Sarawak with their Bermukun, [15] Engkromong dan Sape Orang Ulu khas Iban;

Negeri Perak dengan Belotahnya [16] dan Rebana khas Perak ;

Pulau Pinang dengan Boria yang unik [17] dan Ghazal Parti ;

Selangor dengan Cempuling khas Jawa [18] and Keroncong ;

Terengganu dengan Rodat yang mendapat inspirasi khas Timur Tengah and Kertuk Ulu .

Dalam setiap bentuk nyanyian rakyat ini, mesej dan cerita diceritakan, menyampaikan kearifan tempatan dari satu generasi ke generasi yang lain dalam bentuk puisi yang mungkin termasuk satu diantara daripada ini:

  • Pantun – Pantun Melayu yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap. Dua baris pertama adalah pembayang dan selebihnya mengandungi makna.
  • Syair – Pantun Melayu yang lazimnya terdiri daripada empat baris dengan bunyi yang sama pada setiap akhir rangkap.
  • Gurindam – pantun yang terdiri daripada dua baris yang mengandungi nasihat atau pengajaran.
  • Seloka – puisi Melayu yang mengandungi pengajaran, sindiran, atau jenaka.
  • Nazam – Pantun Melayu (serupa dengan syair) yang terdiri daripada dua belas baris dalam setiap rangkap.
  • Sajak – Puisi Melayu Moden (berbeza dengan pantun atau syair) yang dikarang dalam bahasa yang indah untuk meluahkan fikiran, perasaan, atau pengalaman.
  • Mantera - Pantun Melayu yang apabila dibaca boleh menimbulkan kuasa ghaib (menyembuhkan penyakit dan sebagainya)
  • Teromba - Pantun Melayu yang mengandungi ajaran adat dan tradisi Melayu di Negeri Sembilan.

Muzik rakyat Malaysia juga telah memberi inspirasi kepada pengamal budaya Malaysia selama berabad-abad. Muzik rakyat, yang pada asalnya diiringi dengan pantun, syair atau gurindam, yang memberikan inspirasi kepada tarian dan gaya seni persembahan yang lain.

Nama-nama lagu tradisional Melayu, adalah seperti berikut: [19] [20]

  • Anak Raja Turun Beradu
  • Anak Ikan
  • Anak Manja
  • Anak Tiong
  • Bayangan Pelangi
  • Bukit Melati
  • Bulan Purnama
  • Bunga Raya
  • Bunga Tanjong
  • Burung Punggok
  • Burung Puteh
  • Cenderawasih
  • Damak
  • Damak Bentan
  • Embon Berderai
  • Embon Menitik
  • Gambus Api-api
  • Gunong Banang
  • Gunong Bentan
  • Gunong Daik
  • Gunong Lambak
  • Gunong Panti
  • Hari Dunia
  • Istana Melati
  • Jalak Lenteng
  • Kasih Menumpang
  • Kuala Deli
  • Laila Majnon
  • Laila Manja
  • Laksamana Mati Di-Bunoh
  • Lanchang Daik
  • Luka Di Hati
  • Makan Sireh
  • Malam Merindu
  • Mas Merah
  • Mega Mendong
  • Mendong Petang
  • Mustika Embon
  • Nasib Badan
  • Pak Ngah Balik
  • Puteri Ledang
  • Sambas
  • Sayang Musalmah
  • Seri Banang
  • Seri Mersing
  • Seri Muar
  • Seri Serawak
  • Seri Siantan
  • Siti Payong
  • Tambak Johor
  • Timang Banjar
  • Tudong Saji

Kewujudan kepercayaan pra-Islam dapat dikesan dalam lagu-lagu Melayu tradisional kerana banyaknya "Kualas", "Hulus", "Gunungs" dan "Seris" yang disebut dalam lirik dan tajuk. Secara geografi, banyak nama dalam pantun klasik dan nama-nama lagu adalah terutamanya di kawasan "selatan" Malaysia. Beberapa melodi ini kemudiannya telah diterima pakai ke dalam genre muzik rakyat popular lain seperti asli, inang atau joget .

Lagu rakyat

Cerita rakyat Malaysia mengandungi banyak koleksi lagu rakyat. Walau bagaimanapun, beberapa lagu rakyat ini mungkin berasal dari bahagian lain di kepulauan Melayu. Kebanyakan lagu-lagu ini adalah dalam bentuk cerita yang dianyam menjadi puisi atau rima yang mudah. Lagu rakyat ini selalunya disepadukan dengan nilai moral dan ada juga yang boleh memuatkan cerita haiwan bercakap seperti Bangau Oh Bangau dan Tanya Sama Pokok .

Antara lagu rakyat Malaysia yang popular, adalah seperti berikut: [21]

  • 1 2 3 Sayang Semuanya
  • Air Pasang Pagi
  • Anak Ayam
  • Anak Itik Tok Wi
  • Anak Rusa Nani
  • Anaklah Ikan
  • Bangun Pagi
  • Bangau Oh Bangau
  • Bapaku Pulang Dari Kota
  • Buai Laju-laju
  • Bunga Matahari
  • Burung Kakak Tua
  • Burung Kenek-kenek
  • Chan Mali Chan
  • Che Mamat Parang Tajam
  • Dayung Sampan
  • Dodoi Si Dodoi
  • Embun Sok Sek
  • Enjit-enjit Semut
  • Geylang Sipaku Geylang
  • Hujan Dah Turun
  • Ikan Kekek
  • Jong-jong Inai
  • Kopi Susu
  • Lagu Tiga Kupang
  • Lenggang Kangkung
  • Lompat Si Katak Lompat
  • Nenek Si Bongkok Tiga
  • Oh Anakku
  • Oh Bulan
  • Patendu Patende
  • Rasa Sayang
  • Saya Ada Kuda
  • Sepuluh Budak Hitam
  • Suar Suir Kemuning
  • Sungai
  • Suriram
  • Tanya Sama Pokok
  • Tebang Tebu
  • Tepuk Amai-amai
  • Tidurlah Adik
  • Trek Tek Tek
  • Waktu Fajar
  • Wau Bulan
  • Wau-wau Pepeh

Antara lagu rakyat serantau Malaysia yang popular, adalah seperti berikut:

  • Bajau and Suluk
    • Bolak-bolak
    • Daling-daling
    • Kuda Pasu
    • Limbai
    • Mengiluk
    • Tarirai
  • Brunei dan Cocos
    • Adai-adai
    • Dansa
    • Umang-umang Ting-ting
  • Kadazandusun and Murut
    • Angalang
    • Liliput
    • Magunatip
    • Mongigol Sumayau
    • Mongigol Sumundai
    • Sumazau Papar
    • Sumazau Penampang
    • Titikas
  • Kenyah[22]
    • Ateklan
    • Lan E
    • Lane Tuyang
    • Leleng
    • Nombor Satu Nombor Dua
    • Pui Ngeleput Burui
    • Suket
    • Telu Tiang
  • Kristang[23][24]
    • Ala Banda Isti Banda
    • Che Corte
    • Farraperra
    • Jingli Nona
    • Kanji Papa
    • Nina Boboi
    • O Bela
    • Riba de Barku
    • Sarampeh

Rujukan

WikiPedia: Cerita Rakyat Malaysia http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminar... http://studentsrepo.um.edu.my/1746/6/BAB_3.pdf http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789... http://www.sabrizain.org/malaya/layla.htm http://ebrochures.malaysia.travel/storage/myfile/f... https://dayakdaily.com/tales-of-bujang-senangand-s... https://books.google.com/books?id=21gkDQAAQBAJ https://books.google.com/books?id=2aXkwgEACAAJ https://books.google.com/books?id=72VwCFtYHCgC https://books.google.com/books?id=YAsZDAAAQBAJ